"Eh rama-ramalah cantiknya","Cepatlah amik gambar masuk instagram,tumbler,twitter,"
Tindakan sebegitu sering dilakukan bila kita melihat makhluk itu.Nampak tak kat situ orang suka sangat rama-rama sebab sifatnya yang cantik.Tapi tanpa orang ketahui bahawa rama-rama tu berasal dari ulat beluncas yang sifatnya menggerunkan dan menggatalkan.Kalau orang tahu yang rama-rama tu bersifat sebegitu,komperm ramai yang dah tinggalkan rama-rama.
.
.
Sebenarnya pelik jugak kan kenapa dan apa kaitan rama-rama ngan tajuk pada harini???
Actually boleh tak kita sebagai manusia melakukan tindakan persis ketika kita melihat rama-rama.Masih tak faham kenapa kita perlu jadi begitu??Sebenarnya senang je.Ok,Cuba paham konsep ni.
Kita amik contoh yang paling simple.
Harini manusia sangat suka menge'judge' manusia lain.Nampak dia buat jahat sikit,terus judge dia yang dia tak de harapan nak berubah atau jadi baik.Senang je mulut kita lontarkan kata-kata yang tak sepatutnya "kau ni kapir","kau ni takkan masuk syurga",dan sebagainya.
.
.
Pernah tak dengar kisah ni?.
.
.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya itu.
Suatu hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu berkata "Berhentilah daripada membuat dosa." Rakan nya itu menjawab "Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatan ku. Adakah engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?".
Ahli ibadah itu menjawab"Demi ALLAH, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."
Setelah kedua-duanya meninggal dunia, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-duanya dihadapanNya. Allah menyoal lelaki ibadah itu " Adakah kamu lebih mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan Ku?"
Kemudian kepada ahli maksiat itu Allah s.w.t berkata "Masuklah kamu kedalam syurga berkat rahmat Ku". Sementara kepada ahli ibadah itu "masuklah orang ini kedalam Neraka"..
.
.
Arasso??.
.
.
Orang yang dahulunya jahat tak semestinya tidak ada harapan untuk berubah dan orang yang sekarang baik jangan ingat mereka tidak ada kisah buruk disebaliknya.
.
.
Maaf kalau isi saya tidak dapat mencapai tahap infiniti kefahaman kalian.
Wallahua'alam :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment